Jumaat, 4 November 2016

Pengalaman kerja



September 2014 – April 2016 ( 1 tahun 6 bulan )

Bank Rakyat Cawangan Sungai Buloh

 Pengalaman Sebagai Pelatih Jualan dan Pemasaran ( BR Smart )
Tahun 2014 aku telah berjaya mendapatkan jawatan sebagai BR Smart iaitu pelatih jualan dan pemasaran di Bank Rakyat cawangan Sungai Buloh. Tugas dan skop jawatan ini merupakan cabaran bagi diriku ini ini kerana aku perlu keluar dari zon selesa dan perlu berani untuk berhadapan dengan orang ramai yang mungkin merupakan pelanggan untukku.

Mungkin di luar sana tidak mengetahui apa itu program Br Smart, ia merupakan program untuk siswazah bagi mereka yang belum mendapatkan pekerjaan dalam tempoh 6 bulan atau selepas tamat belajar boleh terus memohon jawatan ini untuk mendapatkan pengalaman dalam bidang pemasaran.

Dalam program ini, peserta akan diberi taklimat mengenai skop tugasan yang perlu dilakukan .
Program ini berjalan selama 6 bulan dan kontraknya boleh diulangi sekiranya majikan masih memerlukan perkhidmatan anda dan peserta yang berminat untuk meneruskannya. Skop tugasan program ini peserta perlu memasarkan pembiayaan peribadi-I Aslah Awam dan swasta. Oleh itu, peserta perlu mempunyai lesen kereta ataupun motor bagi  menjalankan pemasaran di beberapa lokasi yang berpotensi untuk dipasarkan pembiayaan .

Bagi pembiayaan peribadi-I Aslah Awam perlu dipasarkan kepada kakitangan  kerajaan dan GLC. Pemilihan lokasi perlu ditentukan untuk melakukan pemasaran seperti di sekolah, pejabat-pejabat kerajaan dan syarikat GLC. Antara lokasi yang pernah dilakukan pemasaran adalah :
 
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tembak KL, SMK Seri Kundang dan sebagainya.
  • ASWARA.
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
  • Tenaga Nasional Stor Teknikal Rawang,
  • Jabatan, agensi dan pejabat kerajaan di Putrajaya.
  • UTM Sentul.
  • UTC Sentul.
  • Hospital Sungai Buloh dan sebagainya.



Bagi pembiayaan swasta hanya majikan terpilih sahaja  pembiayaan peribadi-I Aslah Swasta ditawarkan kepada mereka yang layak sahaja. Antara majikan swasta semasa bekerja di Bank Rakyat hanyalah Hitech sahaja yang dilakukan pemasaran kebanyakannya fokus kepada sektor kerajaan. Untuk melakukan pemasaran perlu ada medium untuk dipasarkan mengenai pembiayaana yang ditawarkan iaitu perlu membuat pamphlet sendiri dan kemudiannya perlu diedarkan kepada orang awam yang mana sasaran telah ditentukan.

Apabila telah menerima pelanggan yang berminat untuk melakukan pembiayaan, perkara yang perlu diambil kira ialah kelayakan yang dibuat berdasarkan pengiraan gaji. Pengiraan gaji akan dikira berdasarkan COL (Cost of Living) atau dalam bahasa melayunya kos sara hidup. Kos sara hidup bagi mereka yang duduk di kawasan luar bandar akan ditolak dari gaji sebanyak RM1000 manakala mereka yang duduk di bandar sebanyak RM1600, kemudiaan perlu dikira berdasarkan DSR (Debt Service Ratio) atau nisbah keberhutangan di mana kakitangan kerajaan tidak boleh melebihi 60% dan ada juga agensi atau syarikat yang tidak boleh melebihi 50% seperti SYABAS, MAB(Malaysia Airport Berhad) dan Pos Malaysia. Barulah boleh ditentukan berapa banyak pembiayaan yang layak dibuat selain perlu mengambil kira komitmem pelangaan setiap sebulan.Kemudiaan permohonan akan diproses oleh kerani pembiayaan dan juga eksekutif pembiayaan dan peringkat seterusnya akan diluluskan atau tidak oleh pengurus cawangan.

Apabila berada di bahagian pembiayaan di sektor perbankan banyak yang dapat dipelajari:

  1. Cara menguruskan pelanggan apabila berlaku ketidakpuasaan dalam penyampaian maklumat atau pembiayaan tidak lulus.
  2. Cara mengira pembiayaan secara kasar dan manual .
  3. Proses pembiayaan yang terlibat.
  4. Banyak melihat tempat yang baru untuk pemasaran
  5. Belajar berdikari.

Di harap syarikat atau agensi yang membaca blog saya dapat menarik bagi menghadiri temu duga dan ini juga merupakan perkongsian kepada majikan yang berminat untuk mengetahui lebih mengenai diri saya.

 

5 ulasan:

  1. saya Siti Julaiha Bt Karim dan berumur 27 tahun ingin melakukan yang terbaik untuk mencapai cita-cita dan mempunyai kerjaya yang stabil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. boleh hubungi saya menerusi email iaitu julaihakarim206@yahoo.com

    BalasPadam
  3. Teton Block - Teton, Iowa - TITI-ARC-ART
    Teton Block. $9.95. titanium wedding bands Teton Roadhouse. $9.95. The Teton Roadhouse. snow peak titanium spork $9.95. Teton Roadhouse. titanium wok $9.95. titanium white rocket league Teton Roadhouse. titanium eyeglass frames

    BalasPadam